Wednesday, December 23, 2009

Cinta


Cinta itu kuasa yang luar biasa kerana mampu membuat seseorang melakukan sesuatu yang tidak terfikir oleh akal. Qois mati mendakap nisan Laila, Sappo dalam dongengan Yunani sanggup terjun dari puncak karang yang tinggi kerana berat menanggung rindu dan cinta, Rama sanggup berkorban apa saja demi Sita, Shah Jehan membina Taj Mahal sebagai bukti cinta kepada isterinya, kisah Laila dan Majnun serta Romeo dan Juliet membuktikannya.


Untuk yang sedang bercinta...

Adakah anda bahagia bersama dia? Jika ya maka teruskanlah hubungan anda dan kekalkan kebahagiaan itu. Atau adakah hari-hari yang anda lalui bersama dia dipenuhi dengan tangisan? Jika ya maka tinggalkanlah cinta itu sebab cinta bukan untuk ditangisi tapi dinikmati. Sedarlah… jika cinta anda sekarang hanya mengundang air mata ia bakal berterusan jika anda berkahwin dengan dia sekali pun. Jangan mengharapkan si dia akan berubah setelah berkahwin. Hakikatnya ramai yang masih dengan perangai lama walaupun setelah berkahwin dan ramai juga yang menjadi semakin teruk setelah berkahwin.


Untuk yang masih mencari...

Pastikan bila anda jatuh cinta anda tidak hanya bertepuk sebelah tangan agar anda tidak merana menanti cinta yang tidak akan kesampaian. Usahlah terlalu memuja dan mengejar cinta jika si dia terang-terangan menolak kerana jika akhirnya si dia menerima kamu, hanyalah semata-mata kerana dia sudah penat untuk melarikan diri dan bukanlah kerana rela atau cinta sejati. Cinta sepatutnya membahagiakan bukan membuat kita merana.


Untuk yang telahpun jatuh cinta...

Terimalah cinta itu dengan hati yang lapang dan nikmatilah cinta itu sementara ia masih ada.

Ah, cinta...

Ke Manakah Hilangnya?

Wanita pada dasarnya diciptakan daripada tulang rusuk lelaki, maka dipertanggungjawabkan bagi lelaki untuk menjadi pelindung kepada wanita. Namun begitu, jika kita lihat pada fenomena kini, kebanyakan lelaki tidak lagi menjalankan tanggungjawab, malahan itu adalah salah satu daripada tanda-tanda akan berlakunya kiamat. Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki semakin kurang sehingga 50 wanita hanya dilindungi seorang lelaki.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitulah senario yang berlaku kini. Bilangan lelaki yang melebihi wanita menjadikan kaum lelaki merasakan mereka sudah tidak mampu lagi untuk menjadi pelindung kepada wanita. Dikatakan bahawa mereka telah kehilangan sifat “kelelakian”. Apa yang dimaksudkan ialah mereka tidak menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya dan bukanlah bermakna mereka telah tergolong dalam golongan “lelaki lembut”.

Paparan di media cetak dan elektronik memperlihatkan masyarakat semakin hari semakin tenat moralnya. Berita rogol semakin kerap disiarkan di televisyen atau akhbar. Sumbang mahram, bunuh, samun, ragut, dera isteri, anak dan pembantu rumah jelas menunjukkan hilangnya sifat kelelakian di negara ini. Yang ramai ialah lelaki yang tidak menjadi penjaga wanita sama ada dengan tidak bertanggungjawab menjaga keluarga, tidak berperanan sebagai ketua keluarga atau memperlakukan wanita dengan tindakan yang langsung tidak menjaga mereka, malah memudaratkan seperti mengeksploitasi, merogol dan menjadikan wanita alat pelepas nafsu. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa terdapat kaum lelaki ini yang menganggap wanita seperti barang yang boleh dicampak-campak dan disepak terajang seperti bola.

Jika lelaki menjadi pelindung, mereka tidak akan berzina dengan wanita yang haram baginya atau merogol mereka. Kaum lelaki ini seolah-olah tidak menyedari wajib bagi mereka melindungi maruah wanita itu daripada dikasari dan dizalimi. Apatah lagi terhadap anak, cucu dan kerabat sendiri. Tidak terfikirkah dibenak akal mereka akan balasan yang bakal diturunkan oleh Allah s.w.t. Mereka juga tidak sekali-kali akan menyamun, mencuri, meragut dan membunuh wanita kerana mereka sepatutnya menjaga mereka daripada sebarang kemudaratan dan musibah. Pendek kata jika masyarakat mempunyai ramai lelaki pelindung, kuranglah masalah kekeluargaan dan sosial. Ini kerana fitrah kejadian wanita itu yang lemah dan memerlukan perlindungan daripada lelaki. Tetapi apa yang berlaku kini adalah sebaliknya.

Dalam kehidupan berkeluarga, masyarakat amat memerlukan lelaki sebagai pelindung. Mereka tidak akan malas di rumah dan membiarkan isteri dan anak saja membanting tulang serta tidak akan memukul atau mendera sama ada isteri mahupun anak, tidak akan menengking, mengherdik, memaki, mencaci dan mencarut kepada wanita dan ahli keluarganya. Lelaki pelindung juga tidak akan menggadaikan maruah anak dan isterinya walau sesulit mana pun masalah yang dihadapi. Ini tidak ada lelaki yang bergelar suami atau bapa sanggup melacurkan isteri dan anak sendiri semata-mata untuk kepentingan sendiri. Alasan yang sering digunapakai untuk membayar hutang yang berlambak dan berlonggok yang dipinjam daripada “along”.

Sayangnya, lelaki pelindung semakin pupus di Malaysia hari ini. Ironinya dalam sesetengah keadaan, wanita turut menyumbang kepada pelupusan sifat pelindung lelaki berikutan lantangnya suara sumbang golongan aktivis wanita yang ingin menyamaratakan taraf wanita dan lelaki tanpa menyedari risikonya. Mereka juga galak menyeru kepada usaha dominasi wanita terhadap tugas yang selama ini dipegang oleh lelaki. Golongan ini tidak menyedari bahawa hal ini menjadikan kaum lelaki terasa tercabar dan membuat mereka berdendam dan natijahnya lelaki tidak mahu menjadi pelindung kepada wanita lagi.


Pada masa sama, semakin ramai wanita yang relakan diri mereka dieksploitasi oleh lelaki untuk mementingkan nafsu dan keuntungan material semata-mata. Kewujudan pelayan pelanggan (GRO) atau pelacur dianggap bukan masalah lagi. Akhbar, majalah dan televisyen berlumba-lumba menggunakan wanita untuk melariskan produk mereka. Apakah kaitannya wanita yang menjilat aiskrim dengan ghairah sambil berbaju seksi untuk produk mereka atau apa logiknya wanita berpakaian ketat dan seksi berbaring di atas kereta di dalam iklan kenderaan?

Perkara seumpama ini tidak akan berlaku jika lelaki mempunyai sifat pelindung dan wanita pula menyedari bahawa mereka wajib dilindungi, bukan dieksploitasi atau dipergunakan. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk menyedarkan lelaki mengenai tugas mereka sebagai pelindung dan proses apakah yang perlu digunakan terhadap semua lelaki di negara ini supaya sedar bahawa mereka adalah lelaki dan perlu melindungi wanita?

Dalam hal ini, lelaki Muslim perlu menyedari kedudukan mereka di hadapan Allah s.w.t dan perlunya mereka kembali kepada Islam yang mengangkat martabat wanita serta menjadikan lelaki sebagai pelindung martabat mereka. Jika seseorang Muslim perlulah sedar bahawa dia adalah hamba Allah, maka dia wajib mengikuti perintah Allah. Jika ingin mengikut perintah Allah, dia wajib mengikuti ajaran al-Quran yang menyuruh lelaki menjadi pelindung kepada wanita dan mengikut contoh model pelindung terbaik, iaitu Rasulullah s.a.w

Rasulullah s.a.w tidak pernah menyakiti apatah lagi menganiayai dan menzalimi wanita. Baginda mengajar kita melindungi wanita yang menjadi sebahagian daripada unsur utama masyarakat Islam. Dengan mengikuti sunnah Baginda, seseorang lelaki itu akan sentiasa menjadi pelindung wanita. Walaupun demikian bukanlah segalanya digalaskan di bahu lelaki sahaja, sebagai wanita juga turut menyumbang kepada permasalahan ini. Jadi, sebagai kesimpulannya, tepuk dada tanya selera.

Kenali Diri Sendiri

Kuiz Kenali Diri Sendiri
"Cara ini sudah dicuba dan kebenarannya sudah TERBUKTI. Pilihan anda menunjukkan keperibadian anda. Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan tebal. Setelah Anda buka pintunya dan masuk, didalamnya terdapat:

7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri, terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil. Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam buah. Buah-buahan tersebut terdiri daripada:

a. epal
b. pisang
c. jeruk
d. mangga
e. rambutan
f. papaya

Buah manakah yang akan anda pilih?

Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda! Berfikirlah dengan berhati-hati.

Setelah anda menjawap buah pilihan Anda sila pastikan anda benar² pilih buah yang betul² menunjukkan KEPERIBADIAN anda. Kalau sudah pasti sila semak siapakah anda .... jawapan nya ada dibawah


Ini dia jawapannya...

a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal

b. jika anda pilih pisang: bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang

c. jika anda pilih jeruk: bererti Anda adalah orang yang suka makan jeruk

d. jika anda pilih mangga: bererti Anda adalah orang yang suka makan mangga

e. jika anda pilih rambutan: bererti Anda adalah orang yang suka makan rambutan

f. Jika anda pilih papaya: bererti Anda adalah orang yang suka makan papaya


Ampun Beribu Ampun Saya Pun Terkono GAK!

den bukan sengajo...

Menangislah selalu


Selalu orang menangis kerana suami kurang simpati,
isteri tidak menghormati,
miskin papa orang tidak perduli,
kena marah oleh ibu ayah,
suami, bos tidak bertimbang rasa,
sakit yang serius,
kematian orang yang disayangi.
Jarang orang menangis
kerana dosa dengan Tuhan,
keterlanjuran dengan orang,
tidak dapat melaksanakan hukum Tuhan,
amalan yang dibuat
apakah diterima oleh Tuhan atau sebaliknya......"

hamba yang hina


Aku Rasa Belum Beribadah...

Aduh, bila aku menghadap-Mu Tuhan di waktu ibadah
Hatiku pun mula rasa susah dan gelisah
Aku pun mula bimbang bagaimana nanti aku menyembah-Mu, bersopankah atau sebaliknya
Kalau aku lakukan juga, jawapannya tentu sama
Macam-macam rasa di dalam jiwaku
Takut, bimbang, gelisah dan resah
Apabila selesai, aku rasa belum beribadah
Hatiku susah dan gundah-gulana
Tapi apakan daya, setakat itulah yang terdaya
Takkan aku hendak mengulanginya sekali lagi
Nilai ibadahku
Macam tadi juga
Kerana itulah Tuhan, setiap kali lepas sembahyang
Aku dahulukan memohon ampun kepada-Mu terhadap sembahyangku selepas itu baharulah dosa-dosaku
Begitulah juga Tuhan selepasku membuat dosa
Hatiku lagi parah, susah dan gelisah
Tapi aku ini lemah bermujahadah
Selepas itu aku ulangi lagi membuat salah
Hatiku susah lagi dan gundah
Tuhan! Engkau tampunglah ibadahku mana yang kurang
Maafkan aku yang tidak sempurna
Ampunkan aku mana yang terlanjur
Kerana hal itu bukan aku suka
Itulah kelemahanku
Engkau pun tahu
Rahmat-Mulah yang aku pinta....

Teka-Teki juga


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya Teka-Teki :
Imam Al-Ghazali : “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?”
Murid 1 : “Orang tua”
Murid 2 : “Guru”
Murid 3 : “Teman”
Murid 4 : “Kaum Kerabat”
Imam Ghazali : “Semua jawaban itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran:185).
Imam Ghazali : “Apa yang paling jauh dengan kita di dunia ini ?”
Murid 1 : “Negeri Cina”
Murid 2 : “Bulan”
Murid 3 : “Matahari”
Murid 4 : “Bintang-bintang”
Imam Ghazali : “Semua jawaban itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.
Imam Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini ?”
Murid 1 : “Gunung”
Murid 2 : “Matahari”
Murid 3 : “Bumi”
Imam Ghazali : “Semua jawaban itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-A’raf : 179). Maka kita harus hati2 dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa kita ke neraka. (Na’udzu billaahi min zaalikh).
Imam Ghazali : “Apa yang paling berat di dunia ini ?”
Murid 1 : “Baja”
Murid 2 : “Besi”
Murid 3 : “Gajah”
Imam Ghazali : “Semua jawaban itu benar, tetapi yang pali berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah : Al-Ahzab : 72). Tumbuh2an, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah Swt meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini, tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah Swt sehingga banyak manusia masuk ke neraka karena gagal memegang amanah”.
Imam Ghazali : “Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 “Kapas”
Murid 2 “Angin”
Murid 3 “Debu”
Murid 4 “Daun-daun”
Imam Ghazali : “Semua jawaban itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SHOLAT. Gara2 pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan sholat”.
Imam Ghazali : “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ?”
Murid-murid dengan serentak menjawab : “Pedang”
Imam Ghazali : “Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri”.

Teka teki

Mari kita cuba jawab teka teki ni pulak....boleh tak...?

1. Banyak-banyak mata ,mata apa yang paling besar..

2. Banyak -banyak haiwan, haiwan apa yang paling kaya di dunia...

3. Apa die pandai turun tapi tak pandai naik?

4. Dalam banyak-banyak motor, motor apa yang tidak pakai enjin..

5. Kalau gajah lalu, patah titi...kalau semut lalu.....

6. Sebelum kita turun sampan, kita buat apa....

7. Dalam banyak-banyak negara, negara apa tiada jalan...

8. Apakah ikan yang berkepala dua...

9. Kalau kapal terbang masuk gaung keluar apa...


taknak pikir..jawab sesuka hati i jer...
. Banyak-banyak mata ,mata apa yang paling besar..
-matahari
2. Banyak -banyak haiwan, haiwan apa yang paling kaya di dunia...
-beruang
3. Apa die pandai turun tapi tak pandai naik?
-beruang juga
4. Dalam banyak-banyak motor, motor apa yang tidak pakai enjin..
-motorva conodova
5. Kalau gajah lalu, patah titi...kalau semut lalu.....
-patah hati
6. Sebelum kita turun sampan, kita buat apa....
-naik sampan
7. Dalam banyak-banyak negara, negara apa tiada jalan...
-NoRWaY
8. Apakah ikan yang berkepala dua...
-ikan sebelah
9. Kalau kapal terbang masuk gaung keluar apa...
-keluar berita..akakakakaka

Ingin Aman-Damai...

Kalau dunia ingin aman damai, hidup penuh bahagia dan harmoni
Para pemimpin kenalah kasih sayang macam ibu kepada anak-anaknya
Dapat menegakkan keadilan kepada seluruh rakyatnya
Orang-orang kaya jangan sombong bahkan pemurah kepada fakir miskin
Para ulamak, guru-guru berlemah lembut
Sentiasa sahaja menjadi obor kepada kehidupan manusia
Hingga orang awam terasa diberi kasih sayang
Dan kehidupan mereka sentiasa terpimpin dan mendapat panduan
Teras-teras masyarakat seperti ulamak, pemimpin,
orang kaya, guru-guru berakhlak tinggi
Bahkan mereka dikasihi dan disayangi oleh seluruh manusia
Wibawa mereka tinggi hingga mereka dihormati dan disegani
Tapi apa yang berlaku pada hari ini
Tiang-tiang seri masyarakat telah rosak
Maka masyarakat umum pun ikut rosak
Bila masyarakat umum sudah rosak gejala masyarakat dan jenayah merebak
Sedangkan yang hendak membaikinya adalah tiang-tiang seri masyarakat
Padahal tiang-tiang seri masyarakat sudah rosak
Gambarkanlah orang yang sudah rosak memikirkan orang yang sudah rosak?
Orang-orang yang sudah rosak hendak mendidik orang yang sudah rosak?
Maka masyarakat pun bertambah rosak
Kemurkaan Tuhan pun berlaku kepada bangsa itu
Maka Allah telah pun menimpakan bala bencana yang berbagai-bagai bentuknya
Sebagai hukuman dari Allah Tuhan Pencipta manusia
Agar mereka kembali kepada Tuhan.

Salam


Welcome to my blog.

..