Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

Cinta

Cinta itu kuasa yang luar biasa kerana mampu membuat seseorang melakukan sesuatu yang tidak terfikir oleh akal. Qois mati mendakap nisan Laila, Sappo dalam dongengan Yunani sanggup terjun dari puncak karang yang tinggi kerana berat menanggung rindu dan cinta, Rama sanggup berkorban apa saja demi Sita, Shah Jehan membina Taj Mahal sebagai bukti cinta kepada isterinya, kisah Laila dan Majnun serta Romeo dan Juliet membuktikannya. Untuk yang sedang bercinta... Adakah anda bahagia bersama dia? Jika ya maka teruskanlah hubungan anda dan kekalkan kebahagiaan itu. Atau adakah hari-hari yang anda lalui bersama dia dipenuhi dengan tangisan? Jika ya maka tinggalkanlah cinta itu sebab cinta bukan untuk ditangisi tapi dinikmati. Sedarlah… jika cinta anda sekarang hanya mengundang air mata ia bakal berterusan jika anda berkahwin dengan dia sekali pun. Jangan mengharapkan si dia akan berubah setelah berkahwin. Hakikatnya ramai yang masih dengan perangai lama walaupun setelah berkahwin dan ramai juga

Ke Manakah Hilangnya?

Wanita pada dasarnya diciptakan daripada tulang rusuk lelaki, maka dipertanggungjawabkan bagi lelaki untuk menjadi pelindung kepada wanita. Namun begitu, jika kita lihat pada fenomena kini, kebanyakan lelaki tidak lagi menjalankan tanggungjawab, malahan itu adalah salah satu daripada tanda-tanda akan berlakunya kiamat. Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki semakin kurang sehingga 50 wanita hanya dilindungi seorang lelaki.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Begitulah senario yang berlaku kini. Bilangan lelaki yang melebihi wanita menjadikan kaum lelaki merasakan mereka sudah tidak mampu lagi untuk menjadi pelindung kepada wanita. Dikatakan bahawa mereka telah kehilangan sifat “kelelakian”. Apa yang dimaksudkan ialah mereka tidak menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya dan bukanlah bermakna mereka telah tergolong dalam golongan

Kenali Diri Sendiri

Kuiz Kenali Diri Sendiri "Cara ini sudah dicuba dan kebenarannya sudah TERBUKTI. Pilihan anda menunjukkan keperibadian anda. Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan tebal. Setelah Anda buka pintunya dan masuk, didalamnya terdapat: 7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri, terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil. Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam buah. Buah-buahan tersebut terdiri daripada: a. epal b. pisang c. jeruk d. mangga e. rambutan f. papaya Buah manakah yang akan anda pilih? Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda! Berfikirlah dengan berhati-hati. Setelah anda menjawap buah pilihan Anda sila pastikan anda benar² pilih buah yang betul² menunjukkan KEPERIBADIAN anda. Kalau sudah pasti sila semak siapakah anda .... jawapan nya ada dibawah Ini dia jawapannya... a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal b. jika anda pilih pisang: ber

den bukan sengajo...

Menangislah selalu

Selalu orang menangis kerana suami kurang simpati, isteri tidak menghormati, miskin papa orang tidak perduli, kena marah oleh ibu ayah, suami, bos tidak bertimbang rasa, sakit yang serius, kematian orang yang disayangi. Jarang orang menangis kerana dosa dengan Tuhan, keterlanjuran dengan orang, tidak dapat melaksanakan hukum Tuhan, amalan yang dibuat apakah diterima oleh Tuhan atau sebaliknya......"

hamba yang hina

Aku Rasa Belum Beribadah... Aduh, bila aku menghadap-Mu Tuhan di waktu ibadah Hatiku pun mula rasa susah dan gelisah Aku pun mula bimbang bagaimana nanti aku menyembah-Mu, bersopankah atau sebaliknya Kalau aku lakukan juga, jawapannya tentu sama Macam-macam rasa di dalam jiwaku Takut, bimbang, gelisah dan resah Apabila selesai, aku rasa belum beribadah Hatiku susah dan gundah-gulana Tapi apakan daya, setakat itulah yang terdaya Takkan aku hendak mengulanginya sekali lagi Nilai ibadahku Macam tadi juga Kerana itulah Tuhan, setiap kali lepas sembahyang Aku dahulukan memohon ampun kepada-Mu terhadap sembahyangku selepas itu baharulah dosa-dosaku Begitulah juga Tuhan selepasku membuat dosa Hatiku lagi parah, susah dan gelisah Tapi aku ini lemah bermujahadah Selepas itu aku ulangi lagi membuat salah Hatiku susah lagi dan gundah Tuhan! Engkau tampunglah ibadahku mana yang kurang Maafkan aku yang tidak sempurna Ampunkan aku mana yang terlanjur Kerana hal itu bukan aku suka Itulah kelemahanku

Teka-Teki juga

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya Teka-Teki : Imam Al-Ghazali : “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?” Murid 1 : “Orang tua” Murid 2 : “Guru” Murid 3 : “Teman” Murid 4 : “Kaum Kerabat” Imam Ghazali : “Semua jawaban itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran:185). Imam Ghazali : “Apa yang paling jauh dengan kita di dunia ini ?” Murid 1 : “Negeri Cina” Murid 2 : “Bulan” Murid 3 : “Matahari” Murid 4 : “Bintang-bintang” Imam Ghazali : “Semua jawaban itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”. Imam Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini ?” Murid 1 : “Gunung” Murid 2 : “Matahari” Murid 3 : “B

Teka teki

Mari kita cuba jawab teka teki ni pulak....boleh tak...? 1. Banyak-banyak mata ,mata apa yang paling besar.. 2. Banyak -banyak haiwan, haiwan apa yang paling kaya di dunia... 3. Apa die pandai turun tapi tak pandai naik? 4. Dalam banyak-banyak motor, motor apa yang tidak pakai enjin.. 5. Kalau gajah lalu, patah titi...kalau semut lalu..... 6. Sebelum kita turun sampan, kita buat apa.... 7. Dalam banyak-banyak negara, negara apa tiada jalan... 8. Apakah ikan yang berkepala dua... 9. Kalau kapal terbang masuk gaung keluar apa... taknak pikir..jawab sesuka hati i jer... . Banyak-banyak mata ,mata apa yang paling besar.. -matahari 2. Banyak -banyak haiwan, haiwan apa yang paling kaya di dunia... -beruang 3. Apa die pandai turun tapi tak pandai naik? -beruang juga 4. Dalam banyak-banyak motor, motor apa yang tidak pakai enjin.. -motorva conodova 5. Kalau gajah lalu, patah titi...kalau semut lalu..... -patah hati 6. Sebelum kita turun sampan, kita buat apa.... -naik sampan 7. Dalam banyak-ba

Ingin Aman-Damai...

Kalau dunia ingin aman damai, hidup penuh bahagia dan harmoni Para pemimpin kenalah kasih sayang macam ibu kepada anak-anaknya Dapat menegakkan keadilan kepada seluruh rakyatnya Orang-orang kaya jangan sombong bahkan pemurah kepada fakir miskin Para ulamak, guru-guru berlemah lembut Sentiasa sahaja menjadi obor kepada kehidupan manusia Hingga orang awam terasa diberi kasih sayang Dan kehidupan mereka sentiasa terpimpin dan mendapat panduan Teras-teras masyarakat seperti ulamak, pemimpin, orang kaya, guru-guru berakhlak tinggi Bahkan mereka dikasihi dan disayangi oleh seluruh manusia Wibawa mereka tinggi hingga mereka dihormati dan disegani Tapi apa yang berlaku pada hari ini Tiang-tiang seri masyarakat telah rosak Maka masyarakat umum pun ikut rosak Bila masyarakat umum sudah rosak gejala masyarakat dan jenayah merebak Sedangkan yang hendak membaikinya adalah tiang-tiang seri masyarakat Padahal tiang-tiang seri masyarakat sudah rosak Gambarkanlah orang yang sudah rosak memikirkan orang

Salam

Welcome to my blog.