Skip to main content

Ingin Aman-Damai...

Kalau dunia ingin aman damai, hidup penuh bahagia dan harmoni
Para pemimpin kenalah kasih sayang macam ibu kepada anak-anaknya
Dapat menegakkan keadilan kepada seluruh rakyatnya
Orang-orang kaya jangan sombong bahkan pemurah kepada fakir miskin
Para ulamak, guru-guru berlemah lembut
Sentiasa sahaja menjadi obor kepada kehidupan manusia
Hingga orang awam terasa diberi kasih sayang
Dan kehidupan mereka sentiasa terpimpin dan mendapat panduan
Teras-teras masyarakat seperti ulamak, pemimpin,
orang kaya, guru-guru berakhlak tinggi
Bahkan mereka dikasihi dan disayangi oleh seluruh manusia
Wibawa mereka tinggi hingga mereka dihormati dan disegani
Tapi apa yang berlaku pada hari ini
Tiang-tiang seri masyarakat telah rosak
Maka masyarakat umum pun ikut rosak
Bila masyarakat umum sudah rosak gejala masyarakat dan jenayah merebak
Sedangkan yang hendak membaikinya adalah tiang-tiang seri masyarakat
Padahal tiang-tiang seri masyarakat sudah rosak
Gambarkanlah orang yang sudah rosak memikirkan orang yang sudah rosak?
Orang-orang yang sudah rosak hendak mendidik orang yang sudah rosak?
Maka masyarakat pun bertambah rosak
Kemurkaan Tuhan pun berlaku kepada bangsa itu
Maka Allah telah pun menimpakan bala bencana yang berbagai-bagai bentuknya
Sebagai hukuman dari Allah Tuhan Pencipta manusia
Agar mereka kembali kepada Tuhan.

Comments

Popular posts from this blog

Dividen Tabung Haji.